Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

UMNO Perlu Basuh Dinding Yang Diconteng

SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.

Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.

“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.

Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini.

“Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan.

Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang.

Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian

One Response to “UMNO Perlu Basuh Dinding Yang Diconteng”
  1. wanNo Gravatar says:

    Kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama marilah kita berganding bahu bersama berusaha nyahkan UMNO dari muka bumi ini. UMNO telah banyak merosakkan ketamadunan bumi tercinta ini.Dulu,kini dan selamanya UMNO ialah kilang melahirkan samseng politik,kronisma,pembunuh,penyangak dan banyak lagi.Marilah kita berdoa minta Allah percepatkan urusan pertukaran kerajaan Persekutuan.Kita rakyat Malaysia tak sanggup lagi hidup dalam kesusahan,ketakutan dan keperitan akibat kerakusan tangan tangan jahat UMNO

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.