tinjauan kedai terbakar di sg. rasau
SG RASAU, 12 MAC - atas KEPRIHATINAN Yang Berhormat Rodziah Ismail, setelah mendapat laporan daripada penduduk Sg.Rasau, 4 deret rumah kedai telah terbakar pada tengah malam 11 MAC 2009 yang berpunca dari litar pintas. Pada pemantauan Yang Berhormat, kemungkinan juga litar pintas itu disebabkan oleh keadaan kedai itu sendiri yang terlalu lama tanpa maintainance yang baik dari pihak sepatutnya.
Pada malam itu juga dihadiri oleh wakil dari JKM dan RELA yang turun bersama bagi bersama-sama menghulurkan bantuan yang diperlukan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada pasukan bomba yang turut membantu dalam memadamkan api kebakaran kedai-kedai tersebut.
Sumbangan daripada Yang Berhormat juga telah diberikan kepada pemilik-pemilik kedai yang terpaksa menanggung kerugian peralatan kedai mereka.
Salah seorang penduduk Cina di kawasan tersebut yang turut hadir bersama pada malam tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada salah seorang pegawai Yang Berhormat kerana berasa sungguh tidak menjangka Yang Berhormat Rodziah sanggup untuk turun melihat kes yang sebegitu walaupun ia boleh dikategorikan dalam kes yang kecil. Beliau juga berkata, dalam 20 tahun bermastautin di Sg Rasau, itu adalah kali PERTAMA wakil Rakyat yang bertanggungjawab menjaga kawasan situ turun padang.Tidak pernah seklaipun wakil rakyat BN sebelum itu turun sekerap mungkin bersama dengan rakyat di kawasan itu. – Kata-katta ini bukanlah sengaja direka atau dibuat-buat, ianya adalah benar dari luahan penduduk yang menceritakan keadaan sebenar.
Inilah yang dapat menjelaskan maksud sebenar:-
“Berkhidmat Untuk Rakyat”