Salam Eidulfitri 1430 Hijrah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sempena bulan syawal yg bakal tiba, saya selaku ADUN Batu Tiga dan keluarga mengambil kesempatan ini, ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Negeri Selangor dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Ramadhan kini sudah menghampiri ke penghujungnya dan Syawal pula bakal menjelma. Umat Islam yang berjaya mengharungi bulan Ramadhan al-Kareem dengan berbagai bentuk amal ibadat serta menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini, pastinya kedatangan bulan Syawal ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.
Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”
Bulan Ramadhan merupakan madrasah yang terbaik bagi melatih serta mendidik jiwa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt dan ia mampu melatih diri untuk bersabar bagi mendepani segala cabaran yang mendatang.
Sejarah telah membuktikan, Ramadhan telah membawa seribu satu kemenangan bagi ummat terdahulu, yakni bilamana pejuang juga pemimpim-pemimpin Islam berjaya menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi seperti contoh Islam yang bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
Semoga dalam usaha kita untuk membina ketakwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ketakwaan yang sebenar adalah juga berlaku ADIL kepada semua insan dan makhluk yang dijadikan oleh Allah Azzawajalla,tidak kira bangsa dan agama yang mereka anuti seperti yang ditegaskan dalam Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
Justeru, perubahan yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan PR Negeri Selangor memerlukan dokongan dan sokongan padu daripada seluruh rakyat yang mahukan Keamanan, Keadilan, dan Kesejahteraan di Negeri Selangor yang tercinta ini.
Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Namun, dalam pada kemeriahan itu, hendaklah kita sentiasa bersederhana dalam kegembiraan tersebut. Ingatlah saudara-saudara kita yang menyambutnya dengan kepayahan seperti di Palestin, Afghanistan dan Iraq. Mereka masih berjuang bagi mendapatkan keamanan yang telah kita nikmati sekian lama, seharusnya perkara ini menginsafkan kita daripada melakukan pembaziran dan penyelewengan di bulan yang penuh berkat ini.
Syawal merupakan bulan kemenangan, bulan bagi memupuk silaturrahmi. Kemenangan mengharungi Ramadhan seharusnya diraikan dengan jalinan silaturrahim sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya ianya perlu diterjemahkan sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
Insya-Allah kemenangan yang diredhai pastinya akan menjadi milik kita.
Salam Eidulfitri 1430 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.
YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Negeri Selangor
Salam Intifadhah…
Jadikn Islam sbg asas kpd p’juangan kte nescaya kte akn b’jaya…Hanya Islam yg mampu menjamin keadilan untuk semua di mke bumi Allah ini…Islam 4 All…
YB Rodziah,
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, semoga semuanya baik dan lancar selalu. Sedikit komen, antara rumah terbuka dan jamuan hari raya, yang mana satu. Buat pun di Padang Letak Kereta.
Ini adalah salam pembuka cerita dari … Shah Alam-mycity