Pilihan raya: Antara calon dan keperluan rakyat
(source: utusan malaysia online)
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis;
“Hanya yang insaf bahawa dia akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak tentang tanggungjawab yang akan diserahkan kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.: Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh (menunai amanah) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka (riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lain baginda: Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum Muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Kita tidak meminta ustaz atau syeikh sebagai calon. Ini kerana belum tentu gelaran-gelaran itu menjamin mereka mampu menunaikan amanah. Amanah adalah sikap dan keperibadian yang dapat dilihat dalam kehidupan insan, bukan pada gelaran dan panggilan. Justeru, permintaan kita mengatasi nama dan gelaran tetapi ciri dan kewibawaan.
“Saya tidak mahu mempersoalkan ‘muka lama’ atau ‘muka baru’. Kepimpinan bukan macam jamuan makanan yang sekali sekala kita ingin bertukar selera. Bukan tomyam atau sup atau mi bandung. Kepimpinan soal keadilan dan kemampuan menunaikan amanah yang diberikan tanpa penyelewengan.”
Ikuti pendapat beliau selanjutnya di sini