Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan

Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:

1)    Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.

2)    Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.

3)    Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.

4)    Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.

5)    Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.

YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor

One Response to “Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan”
  1. ahmadNo Gravatar says:

    Tell the minister to do something about our difficulty in buying sugar!

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.