Jawapan YB Rodziah – Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
1. Peruntukan yang diagihkan kepada 37 buah PDK di Negeri Selangor bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM 5,614,640.00. Peruntukan yang diberi merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
i. Elaun Petugas PDK dan caruman KWSP (majikan) – RM 1,695,232.00
ii. Elaun Penyelia PDK dan caruman KWSP (majikan) – RM 547,008.00
iii. Elaun Khas OKU untuk pelatih di PDK dan di rumah – RM 2,989,800.00
iv. Sewa premis – RM 301,200.00
v. utiliti – RM 81,400.00
2. Keberkesanan PDK kepada masyarakat di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
i. Peningkatan keyakinan masyakarat terhadap keupayaan anak-anak OKU yang ada mendorong masyarakat menjadi lebih matang dan penyayang.
ii. Insiden kecacatan dapat dikurangkan atau kecacatan lebih teruk dapat dicegah melalui intervansi awal dan sokongan keluarga yang dilatih.
iii. Program latihan dan pemulihan bersesuaian mengikut keperluan dan jenis kecacatan dapat mengurangkan kadar kemasukan OKU ke institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
3. Keberkesanan PDK kepada OKU pula ialah:
i. Hubungan dan sokongan antara OKU dan keluarga dapat dipupuk dan diperkukuhkan.
ii. Ia juga memupuk sikap lebih berdikari dalam kalangan OKU.
4. KPI yang digunakan bagi PDK ialah kebolehan OKU mengurus diri selepas setahun mengikuti latihan pengurusan diri dan sasarannya 50%.
(Jawapan YB Puan Rodziah Ismail semasa Sidang Dewan Negeri Selangor pada 12 Julai 2010 mengenai PDK)