MISI KEMANUSIAAN MANGSA GEMPA BUMI PADANG SUMATERA BARAT
TARIKH : 19hb Oct – 20hb Oct 2009
Misi diketuai oleh Pn Rodziah Bt Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) bersama 9 org Pegawai dan Petugas dari berbagai agensi dan pertubuhan melalui PANTAS (Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Negeri Selangor) yang membawa sumbangan bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor , rombongan ini adalah kumpulan yang kedua tiba di Padang untuk menjalankan misi bantuan setelah kumpulan yang pertama tiba pada 14hb Oct lalu yang diketuai oleh Yb Pn Zuraidah iaitu Ahli Parlimen Ampang selaku Ketua Wanita PKR Pusat.
Rombongan yang diketuai YB Rodziah telah bertemu Wakil Wali Kota, Kota Padang iaitu Ir Mehyaldi Ansharullah. Perbincangan berkisar mengenai bencana dan tindakan selepas bencana dan plan tindakan pembangunan semula Kota Padang.
Disamping itu juga, Ketua Misi turut menyatakan tujuan misi dan bentuk bantuan yang dihulurkan disamping rasa simpati yang tidak terhingga oleh rakyat Selangor khasnya.
Selain itu, rombongan juga bertemu dan melawat Wakil Wali Kota , Kota Pariaman, Pak Helmi dan berbincang berkisar mengenai bantuan dan pemulihan.
Kumpulan Misi mengadakan berbagai program berbentuk bantuan sumbangan, motivasi , kuliah / ceramah agama kepada 3 buah kampung yang terlibat dalam bencana di sekitar Daerah Padang Pariaman iaitu :
- Kg Pasar Damar
- Kg Pauh
- Kg Parit Melintang
Anggota misi mengadakan gotong royong menyumbangkan seekor kerbau untuk dijamukan kepada masyarakat setempat yang terlibat dalam bencana berkenaan.
Sumbangan dalam bentuk peralatan dapur, tilam , selimut dan makanan juga disumbangkan kepada penduduk yang disampaikan oleh YB Pn Rodziah Ismail yang turut disaksikan oleh Ketua Masyarakat disana.
Rombongan juga sempat meninjau 3 buah kampung yang tertimbus sama sekali di Pariaman sebelum pulang ke Malaysia pada petang 20 Oktober 2009.
syabas YB,tahniah kerana telah berjaya membawa misi tersebut.
I added your blog to bookmarks. And i’ll read your articles more often!
generique propecia
I liked it. So much useful material. I read with great interest.
acheter cipro online