Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Majlis Dialog Bajet 2011 Selangor – Isu Kebajikan

Berikut adalah catatan pembentangan Y.B. Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi serta Kebudayaan Negeri Selangor dalam Majlis Dialog Bajet 2011 yang diadakan pada 26 dan 27 Julai 2010 di Shah Alam Convention Centre.

Bagaimana hendak menangani masalah kemiskinan dan kebajikan di Selangor

1. Isu Subsidi Kerajaan Persekutuan

a. Subsidi Kerajaan Persekutuan adalah meliputi 54% daripada KDNK – RM74 bilion tahun 2009
i. RM42.8 bilion – subsidi sosial
ii. RM23.5 bilion – bahan api
iii. RM4.66 bilion – infrastruktur
iv. RM3.1 bilion – makanan
*Sejumlah RM14 bilion sampai kepada rakyat

b. Langkah pengurangan subsidi:
i. Subsidi gas
ii. Kadar tol
iii. Skim pinjaman buku teks
iv. Pembayaran yuran peperiksaan awam
*Keadaan ini menyebabkan permohonan bantuan meningkat.

2. Antara cabaran penyaluran bantuan adalah:
a. Maklumat di dalam sistem tidak dibuat secara sistematik dan berkualiti rendah (database). Sebagai contoh, di peringkat Persekutuan, tahap kemiskinan adalah sebanyak RM700 ke bawah manakala di peringkat negeri Selangor pula adalah sebanyak RM1,500.
b. Setiap agensi bantuan kebajikan menggunakan kaedah yang berbeza (Aplikasi Kriteria Agihan).
c. Tidak dapat mengenal pasti jumlah peruntukan sebenar yang diberikan kepada penerima (tiada sistem bersepadu).
d. Tiada sistem pemadanan pekerjaan (job matching) kepada penerima bantuan.
*Polisi kebajikan Negeri Selangor adalah daripada kebajikan kepada berdikari (workfare)/berpendapatan (bekerjaya atau berpendapatan sendiri).

3. Pelan jangka panjang
a. Mengubah mekanisme atau dasar Kerajaan Berkebajikan kepada berdikari (workfare).
b. Kenal pasti individu yang berkebolehan dan berpeluang untuk diberikan bantuan workfare.
c. Pembangunan pangkalan data (database) bagi permohonan dan penerimaan bantuan yang lebih teratur dan sistematik.

RUMUSAN

1. Kebajikan perlu dilaksanakan secara kreatif dan inovatif.

2. Isu kebajikan tidak hanya dilihat dalam konteks jumlah peruntukan atau subsidi tetapi polisi dan program ke arah mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.

3. Mewujudkan satu sistem bersepadu bagi memastikan permohonan dan agihan dapat diselaraskan di antara jabatan yang terlibat dengan kebajikan. Ini perlu bagi mengelakkan daripada berlakunya pertindihan bantuan.

4. Mengubah minda masyarakat daripada hanya melihat Negeri Selangor hanya memberikan bantuan kepada:
a. Negeri yang sentiasa memberikan peluang yang luas dalam bidang pekerjaan.
b. Negeri yang menyediakan masyarakat yang mampu mengisi peluang yang ada.
c. Negeri yang mempunyai kesaksamaan dan keadilan dari segi pengagihan.

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.