Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Lebih 10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Rodziah Dan Khalid

SHAH ALAM, 2 Oktober – Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama keluarga, rakan-rakan dan orang ramai, Exco Selangor, Rodziah Ismail tidak melupakan mereka yang ditimpa bencana serta golongan istimewa.

Rodziah yang mengadakan rumah terbuka bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, malam tadi turut melancarkan tabung kutipan mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat.

Mereka juga meraikan golongan istimewa, iaitu orang kurang upaya dan anak-anak yatim di sekitar Shah Alam dalam majlis yang dihadiri lebih 10 ribu penduduk, khususnya dari DUN Batu Tiga.

Acara yang diserikan dengan persembahan nyanyian di tapak Pasar Tani Seksyen 17, bermula jam 8 malam tadi, turut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di negeri ini.

Pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, sate, kambing panggang, mee goring, dodol dan kuih raya dihidangkan kepada pengunjung yang dikatakan bertambah sekali ganda, berbanding sambutan tahun lalu.

Menurut Rodziah, kehadiran begitu ramai penduduk pada tahun ini, tidak seperti yang dijangka dan berbeza dengan tahun lepas.

Beliau melahirkan rasa terharu dan gembira dengan sokongan orang ramai dan juga mengalu-alukan kedatangan masyarakat pelbagai kaum bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Rodiah dan Khalid  kemudian menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis ini, selain mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan beberapa hamper menarik.

Kata Rodziah, bantuan kepada golongan kurang bernasib baik ini bukan sahaja akan diberikan pada bulan Ramadan, namun diteruskan dilakukan pada hari raya.

Pada majlis ini, Rodziah turut memberi sumbangan sebanyak lima unit computer kepada Pusat Komuniti Penduduk Seksyen 20, Seksyen 24 dan Sri Kayan, USJ.

Turut meraikan majlis rumah terbuka Adun Batu Tiga dan Ahli Parlimen Shah Alam itu, Datuk Bandar MBSA, Datuk Mazalan Md Noor, Exco Selangor, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali, dan Adun Sri Muda, Shuhaimi

Beberapa OKU yang ditemui berasa gembira menerima sumbangan duit raya dan melahirkan rasa bersyukur kerana pemimpin tidak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

“Kita pun rasa bersyukur kerana pada tahun ini adun dan ahli parlimen shah alam, ada memberi pada kitak, saya oku yang datang ucapkan terima kasih pada YB kerana jemput kami secara rasmi, peka terhadap kami dan kehadiran ini memberi kesukaan kepada YB berdua,” kata Ashaari Sulaiman, yang mengalami cacat fizikal

Begitu juga luahan seorang ibu kepada anaknya yang OKU, Zaniyah Md Yusuf yang menghargai sumbangan itu dan berterima kasih kerana sudi meraikan mereka.

Anaknya, Alifah Ilyana, berumur 9 tahun mengalami cacat fizikal sejak dilahirkan.

“Terima kasihla kepada  kerajaan negeri yang memebri bantuan kepada anak anak dan menunjukkan diorang ni prihatin..banyak2 ucap terima kasih, dapat eratkan hubungan,….pertama kali la,” katanya.

Apa yang menarik ialah kehadiran rakyat berbilang kaum menghiasi sambutan Aidilfitri di sini mencerminkan perpaduan utuh di kalangan rakyat di negeri ini.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.