Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

July 2010
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kuil: Penduduk Seksyen 19 Shah Alam Perlu Ambil Kira Sejarah

Shah Alam, 11 Sept 2009 – Wakil penduduk Hindu yang juga Ahli Majlis MBSA, K.Uthayasoorian  menegaskan bahawa penduduk sekitar seksyen 19 Shah Alam  perlu mengambil kira sejarah dan latar belakang kuil Hindu yang terdapat di kawasan tersebut.

K. Uthayasoorian berkata, kuil itu telah wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka dan sebelum wujudnya penempatan di kawasan terbabit.

“Dari segi kawasan Shah Alam dahulu adalah ladang Sg.Renggang dimana terdapatnya ladang getah dan juga penduduk pada masa itu kebanyakanya adalah orang-orang India yang beragama Hindu.Ini kalau kita merenung balik secara keseluruhanya sejak tahun 1873 lagi sebelum dan selepas tahun itu kebanyakkan estet-estet wujud di negeri Selangor dan bila estet-estet itu sudah berada di sesuatu kawasan, kuil itu sudah menjadi aspek yang penting dalam kehidupan seharian bagi penduduk disitu,”katanya.

Menurut K.Uthayasoorian lagi isu kuil ini tidak seharusnya menjadi satu permasalahan antara kaum dan menganggap isu ini boleh diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan.

“Jadi dari segi kuil di sek.19 Shah Alam, bila ladang Sg.Renggang sudah wujud disana 106 tahun dulu kuil itu dibina pada tempat yang sama dan kawasan yang sama.Itu adalah satu hakikat,satu kebenaran jadi kita perlu terima fakta itu sebagai asas .Masalah yang wujud sekarang itu kita boleh bincang bagaimana kita hendak selesaikan masalah itu,tetapi dari segi fakta kuil itu telah wujud selama 106 tahun sebelum Merdeka,sebelum PKNS wujud,sebelum MBSA ada.Jadi ini adalah satu fakta yang menjadikan asas dalam perbincangan,”ujarnya.

K.Uthayasoorian berkata demikian ketika ditemui TvSelangor menerusi program Bincang-bincang di pejabat Tv Selangor hari ini.

Sementara itu, wakil penduduk Seksyen 19, Salleh Hassan yang ditemui
melahirkan rasa bersyukur dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini.

“Kami penduduk seksyen 19  memang rasa gembira dengan pemindahan yang akan dilakukan,dimana tempat itu dipindahkan, itu diluar bidang kami.Sekiranya kuil ini dipindahkan biarlah ianya di pindahkan ditempat yang sesuai supaya ianya tidak menimbulkan apa-apa masalah atau  keadaan yang mungkin berlaku terhadap tempat-tempat tersebut seperti apa yang kami alami.Kami berasa gembiralah setelah sekian lama isu ini berlaku akhirnya ianya dapat ditanggani dengan baik dan kami harap mendapat kerjasama dari semua pihak.Kami juga menghormati agama-agama lain,oleh sebab itu kami dapat bertahan selama 20 tahun sungguhpun ada tekanan tapi dari segi toleransi kita dapat mengawal dan segala-galanya pun dapat dikecapi bersama,”katanya.

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.