KONVENSYEN KEPIMPINAN WANITA SELANGOR 2010
SHAH ALAM: Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor, anjuran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Y.B. Puan Rodziah bt. Ismail telah diadakan pada 23 Januari 2010 lepas. Konvensyen ini telah diresmikan oleh Dato’ Menteri Besar, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.Kira- kira 1,500 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kepimpinan wanita daripada seluruh pelusuk Selangor datang memenuhi Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam itu.
Program ini bertujuan untuk memantapkan kepimpinan wanita melalui perkongsian halatuju Negeri dan pengisian peranan wanita didalam masyarakat serta membangunkan potensi dan memberdayakan wanita di pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Tema Konvensyen “ Wanita Berdaya Harapan Negara”.
Dalam ucapan Dato’ Menteri yang bertajuk: Melonjakkan Kepimpinan Wanita Selangor kearah Pembangunan masyarakat madani, telah mengatakan bahwa kerajaan negeri selangor telah meletakkan KPI bagi penglibatan wanita Selangor iaitu mesti memenuhi quota 30% dalam setiap peringkat pentadbiran dan jawatan yg melibatkan pembuat keputusan, termasuk ketua kampung, JKKK, Ahli Majlis Bandaran, ketua ketua jabatan, ketua ketua GLC di seluruh Negeri Selangor. Wanita perlu mempersiapkan diri dengan kelayakan, kemahiran, ketrampilan dan kebolehan untuk menjawat jawatan jawatan yang di sediakan untuk wanita. Beliau tidak mahu tempat 30% itu hanya diduduki untuk setakat memenuhi Quota dan pemanas kerusi tetapi mereka mesti menjadi pemimpin wanita yang berkesan dan ‘BERDAYA” dan memBERDAYAKAN wanita lain. Di Akhir ucapannya Dato Menteri melancarkan portal Wanita Selangor yang boleh menjadi tempat berbincang, berdiskusi dan perjumpaan maya untuk semua warga wanita selangor.
YB Rodziah Ismail selaku exco wanita pula telah menyampaikan aspirasinya dalam mesej Agenda Kesejahteraan Wanita: Memberdaya Wanita Selangor ke arah pembangunan Masyarkat Madani yang telah menggariskan agenda wanita sejahteranya dengan pembentukan Majlis Tindakan Wanita Selangor. Beliau menyarankan agar wanita mengambil peluang melalui informasi yang disediakan oleh Protal Wanita Kerajaan Negeri Selangor yang dilancar pada hari tersebut. Portal ini bertujuan melicinkan pergerakan kaum wanita di negeri ini agar mereka dapat saling berhubungan dan menyuarakan pandangan tanpa ada lagi sekatan.”Wanita dari mana-mana pelusuk tempat sekali pun akan dapat berhubung dengan Exco kerajaan negeri bagi menyuarakan pandangan mereka. Banyak maklumat yang diselitkan dalam portal yang diwujudkan ini.
Acara kemuncaknya ialah penampilan khas Dato Sri Wan Azizah (c/w tayangan video yang menyentuh perasaan penuh nosltagia) yang diraikan sebagai penerima Anugerah Umar Ibnu Al Khattab yang berikan oleh sebuah Yayasan Islam di USA.
Dua kertas kerja telah dibentangkan, Kertas kerja 1: Oleh YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dengan tajuk : Kepimpinan Wanita Satu Tuntutan dan kertas kerja 2: oleh Prof Dr Jariah Mahmud dari UPM dnegan tajuk Analisa Status Wanita Selangor.
Ir Endok Sempo Mohd Tahir menjadi moderator Forum bertajuk : Pemberdayaan Wanita dalam kepimpinan Negeri Selangor –Antara Aspirasi dan Realiti- 5 orang Ahli yang panel nya terdiri dari Political Lady dragons yang bersemangat berapi-api,YB Haniza Talha (ADUN Tmn Medan), YB Zuraidah Kamaruddin (MP Ampang) , YB Jannice Lee(ADUN Teratai), Dr Irene Fernandez (Tenaganita) , Ms Betty Yeoh (AWAM).