Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kenyataan Media YB Rodziah – Wakil OKU Dalam Ahli Majlis

Orang Kurang Upaya atau OKU adalah salah satu golongan yang menjadi sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam menjayakan agenda “Memperkasa Rakyat Selangor”. Keprihatinan ini dizahirkan melalui pelaksanaan program seperti Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU dan penubuhan jawatankuasa yang memantau penyediaan kemudahan infrastruktur yang mesra OKU oleh setiap PBT. Ia adalah antara usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan OKU dapat menjalani dan menguruskan kehidupan harian tanpa halangan seperti masyarakat biasa.

Mengenai perlantikan wakil OKU sebagai Ahli Majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), saya ingin menekankan bahawa wakil-wakil OKU telah dilantik menjadi Ahli Majlis di beberapa PBT sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri Selangor daripada Barisan Nasional. Perlantikan tersebut adalah bagi memastikan suara golongan berkenaan akan lebih dapat didengari dan kebajikan mereka terus diberikan perhatian.

Bagi perlantikan penggal 2010/2011, kita tidak menafikan ketiadaan pertambahan bilangan wakil OKU sebagai Ahli Majlis PBT. Ini kerana Kerajaan Negeri telah mengambil kira banyak faktor lain, antaranya termasuklah masalah kekurangan kemudahan infrastruktur mesra OKU yang masih dihadapi yang mana perkara ini akan memberikan kesukaran kepada seseorang Ahli Majlis dalam kalangan OKU untuk berurusan dan menjalani tugasan harian mereka seperti orang awam yang lain di premis tersebut.

Dengan mengambil kira faktor di atas, Kerajaan Negeri mendapati terdapat mekanisme lain yang sesuai untuk menangani isu-isu berkaitan OKU, yang mana mekanisme ini hanya wujud setelah Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah. Antaranya ialah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya yang telah beroperasi sejak 2 Mei 2009 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana berperanan secara langsung membantu dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan golongan OKU.

Kita juga mengusulkan wakil OKU dilantik dalam Majlis Penasihat Kerajaan Tempatan (MPKT) yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. Dengan mengganggotai badan ini, wakil OKU akan mempunyai lebih ruang untuk memantau perjalanan PBT secara keseluruhan, termasuk memberikan input-input yang sesuai dalam meningkatkan perkhidmatan kerajaan tempatan dalam isu-isu berkaitan OKU. Selain itu, bagi memastikan infrastruktur yang ada di Selangor bebas halangan kepada OKU sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri, telahpun wujud Jawatankuasa Audit Bangunan di setiap PBT di bawah portfolio Kebajikan Negeri Selangor dengan kerjasama PBT .

Di samping itu, kita juga ingin menekankan bahawa isu-isu berkaitan OKU adalah isu yang wajar ditangani bersama. Semua pihak, termasuk Ahli-ahli Majlis yang telah dilantik harus sensitif dengan segala permasalahan, kekurangan dan keperluan OKU di kawasan mereka. Ini kerana warga OKU juga mempunyai hak yang sama seperti manusia lain. Walaupun kurang dari segi keupayaan dan fizikal, namun itu bukan penghalang untuk mereka menikmati kehidupan sama seperti manusia normal.

YB Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor
22 Julai 2010

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.