Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

KENYATAAN MEDIA MISI KEMANUSIAAN PADANG,SUMATERA

KENYATAAN MEDIA

23 Oktober 2009

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SELANGOR (PANTAS)

Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) baru ditubuhkan di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor, dipengerusikan oleh YB Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi yang tertumpu kepada kerja-kerja misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Misi pertama PANTAS adalah misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia bilamana KENYATAAN MEDIA, 23 Oktober 2009.

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PARIAMAN PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA

Misi pertama PANTAS adalah bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang Indonesia, kerana untuk tujuan ini, Kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM 500,000 bagi tujuan ini.

Misi ke Padang ini terbahagi kepada 5 peringkat. Kumpulan pertama yang diketuai oleh YB Zuraida Kamaruddin telah berlepas ke Padang, Indonesia pada 14 Oktober, 2009 sebagai pasukan pemantau bagi mengenalpasti tempat, penyediaan logistik serta bentuk bantuan yang sesuai diberikan.

Susulan daripada itu, YB Rodziah Ismail mewakili Kerajaan Selangor telah mengadakan lawatan selama dua hari iaitu pada 19 hingga 20 Oktober, 2009 ke Padang, Indonesia untuk bertemu dengan Kerajaan Indonesia di Padang serta Kota Pariaman bagi membincangkan secara lanjut mengenai sumbangan bantuan yang akan diberikan melalui PANTAS.

Dalam pertemuan tersebut, Kerajaan Indonesia memaklumkan setakat ini mereka hanya mampu membaikpulih 10 peratus sahaja daripada keseluruhan kawasan yang terjejas. Mereka amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dari semua pihak bagi memulih semula kawasan yang terjejas akibat gempa bumi tersebut.

PANTAS telah mengenalpasti enam buah kampung yang merupakan antara kawasan yang mengalami kerosakan paling teruk untuk dijadikan kawasan angkat. Kampung-kampung ini terletak di dalam Nagari Parit Malintang, Kecamatan Enam Lingkung, Pariaman. Kawasan tersebut akan dibantu dari aspek pembangunan sosio-ekonomi.

PANTAS amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak bagi menampung misi bantuan ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Selangor.


YB RODZIAH ISMAIL

Pengerusi PANTAS

Merangkap Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi

One Response to “KENYATAAN MEDIA MISI KEMANUSIAAN PADANG,SUMATERA”
  1. dinNo Gravatar says:

    syabas YB ,

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.