JK Tetap STI anjur Seminar Bersama Mitch Kapor
29 Jun 2010
Kenyataan Media
Kerajaan Negeri Selangor
SEMINAR OLEH MITCH KAPOR: INNOVATION CHALLENGE
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi & Inovasi (STI) akan menganjurkan “Seminar Oleh Mitch Kapor: Innovation Challenge” pada 2 Julai 2010 (Jumaat). Seminar ini adalah salah satu program utama Jawatankuasa Tetap STI untuk tahun 2010 ini.
Ucaptama seminar ini akan disampaikan oleh Encik Mitch Kapor, pengasas Lotus Development Corporation dan pereka cipta Lotus 1-2-3, satu “aplikasi terhebat” yang menjadi perisian komputer peribadi di mana-mana dalam dunia perniagaan pada dekad 1980-an. Encik Mitch Kapor juga adalah Pengerusi Pengasas dan Pengarah Linden Lab, pencipta dunia maya Second Life, dan Pengerusi Pengasas Mozilla Foundation, pencipta web browser Firefox. Beliau dikenali di seluruh dunia sebagai tokoh inovasi dan keusahawanan terutamanya dalam bidang modal teroka (venture capitalist). Beliau diletakkan setanding dengan tokoh-tokoh dunia seperti Steve Jobs dalam bidang inovasi dan keusahawanan. Ini adalah kehadiran julung-julung kali Encik Mitch Kapor ke Malaysia atas undangan Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam keadaan negara terperangkap dengan ekonomi bernilai rendah dan memerlukan ledakan inovasi, Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab mengambil langkah proaktif merintis dasar dan langkah untuk menyediakan suasana yang kondusif bagi memastikan inovasi berkembang. Selain itu, Selangor memerlukan pendekatan dan dasar yang lebih radikal dan inovatif bagi menggabungkan inovasi dan keusahawanan sebagai teras baru ekonomi negeri. Justeru, seminar ini diadakan bagi menyediakan platform perkongsian bijak untuk menilai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mempercepatkan inovasi dan pemikiran baru mengenai inovasi dan keusahawanan, di samping mempromosikan pendekatan inovasi-keusahawanan sebagai fokus utama Kerajaan Negeri Selangor dalam membina ekonomi berpendapatan tinggi.
Seminar ini akan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama dengan tajuk ”Ekonomi Malaysia di Persimpangan: Inovasi dan Pertumbuhan” akan diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Bilik Gerakan Bangunan Annexe dan akan dihadiri oleh para pemimpin industri, kerajaan, multimedia dan komuniti perniagaan yang dijemput khas. Manakala sesi kedua dengan tajuk ”Inovasi dan Keusahawanan Dalam Ekonomi” dan terbuka kepada masyarakat umum akan diadakan di Dewan Serbaguna Universiti Industri Selangor (UNISEL) pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Encik Mitch Kapor akan menyampaikan ucapannya dalam kedua-dua sesi tersebut. Tiada bayaran dikenakan kepada para peserta seminar.
Semua pemimpin industri, kerajaan, multimedia, komuniti perniagaan, pelajar institusi pengajian tinggi serta para pereka cipta (inventors) adalah dijemput hadir ke seminar ini. Ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada Encik Mitch Kapor yang telah terbukti begitu berjaya dalam bidang inovasi dan keusahawanan ini, selain mengetahui pemikiran terkini beliau mengenai masa depan kedua-dua bidang tersebut.
Pihak-pihak media juga dijemput hadir dan membuat liputan kedua-dua sesi seminar tersebut. Satu sidang media turut akan diadakan sebaik sahaja selesai sesi kedua seminar.
Sekian, terima kasih.
YB Puan Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan
Buy:Arimidex.Prevacid.Lumigan.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Nexium.Accutane.Retin-A.Valtrex.Prednisolone.Mega Hoodia.Actos.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Zovirax.Synthroid.Zyban.Human Growth Hormone….
Buy:Zovirax.Mega Hoodia.Prednisolone.Nexium.Arimidex.Synthroid.Human Growth Hormone.Zyban.Prevacid.Retin-A.Valtrex.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Accutane.Actos.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Lumigan….