Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

DUN Batu Tiga Latih Wanita Raih Pendapatan Sendiri

Shah Alam-Penganjuran Kursus Kemahiran Wanita Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Batu Tiga dilihat dapat menjadi platform melatih wanita di kawasan itu menjana pendapatan sendiri di rumah.
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata program itu diadakan sebulan sekali dengan kerjasama daripada Syarikat Mostwell Sdn Bhd.
“ Kita ingin melaksanakan satu program hujung minggu untuk wanita dan saya lihat ada golongan wanita di dalam Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Batu Tiga mempunyai potensi untuk menjana pendapatan sendiri dari rumah.
Menerusi bengkel dan kursus yang diadakan , peserta boleh mengisi masa mereka secara produktif selain mendidik anak-anak, bahkan pihak syarikat berkenaan bersedia memberikan untuk meningkatkan kemahiran asas yang dimiliki peserta ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian, sewaktu mengadakan lawatan Kursus Kemahiran Wanita anjuran DUN Batu Tiga yang diadakan di Dewan Merbau, Seksyen 17, di sini semalam.
Rodziah berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan untuk melaksanakan kempen itu dan program di Seksyen 17, adalah satu langkah permulaan namun mendapat sambutan yang menggalakkan wanita setempat.
Menerusi program ini, kita mahu menggalakkan peserta mempelajari cara membuat beg sendiri untuk digunakan semasa membeli belah, selaras dengan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik yang dilancarkan Kerajaan Negeri.
“ Kita juga sedang menunggu Pusat Komuniti Wanita di Seksyen 24 lengkap sepenuhnya sebelum dibuka kepada semua wanita di DUN Batu Tiga untuk hadir pada setiap minggu dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan katanya.
Sementara itu, Biro Kemahiran Wanita dan Keusahawanan Wanita DUN Batu Tiga, Saira Banu berkata, sambutan bagi program yang pertama kalinyadiadakan di DUN Batu Tiga ini sangat menggalakkan.
“ Bagaimanapun,sebagai permulaan peralatan yang ada hanya mampu menampung seramai 40 perserta iaitu 20 untuk sesi pagi, bermula jam 9 pagi hingga 1 petang dan selebihnya untuk sesi petang yang bermula dari jam 1 petang hingga 4 petang.
“ Kita juga sedang dalam perancangan untuk meluaskan program ini di kawasan-kawasan lain di DUN Batu Tiga untuk membantu wanita-wanita di kawasan ini menjana pendapatan sendiri,” katanya. Sinar Harian

Leave a Reply

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.