Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Tiga keluarga terima sumbangan SMUE

Tiada respon setakat ini

Ahli SMUE 4

Pada 17 Jun 2010 yang lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, YB Rodziah Ismail telah ‘turun padang’ melakukan penyerahan sumbangan kepada wakil-wakil keluarga tiga orang ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Shah Alam yang telah meninggal dunia.

Mereka yang telah menerima sumbangan tersebut ialah waris keluarga Allahyarham Jalil Abu Samah di Seksyen 17, waris keluarga Mendiang Sheam Kaur i/k Bagh Singh di Seksyen 20 dan waris keluarga Mendiang Lai Chung Hong di Seksyen 26.

SMUE telah diperkenalkan sejak awal 2009 sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mem­bantu meringankan beban keluarga dalam menguruskan prosedur ke­matian, yang mana sejumlah RM 1.6 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan usaha tersebut.

Ahli SMUE 1

YB Rodziah bersama  isteri dan cucu Mendiang Lai Chung Hong

Ahli SMUE 2

YB Rodziah bersama  anak lelaki Mendiang Sheam Kaur i/k Bagh Singh

Ahli SMUE 3

YB Rodziah bersama isteri Allahyarham Jalil Abu Samah

YB Rodziah lancar Klinik Brasil Futsal

3 respons dari para pelawat

Shah Alam, 15 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, YB Rodziah Ismail melancarkan Klinik Brasil Futsal & Pemilihan Terbuka yang diadakan di Frenzy Futsal, Seksyen 15 di sini hari ini.

Dalam ucapannya, YB Rodziah mengajak para pemain agar bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilaksanakan serta memanfaatkan segala kebolehan yang ada dengan sebaiknya.

“Program klinik futsal ini kita adakan kerana kita tahu aktiviti sebeginilah yang diminati oleh generasi muda hari ini. Bagi mereka yang mungkin tidak begitu cemerlang dalam pelajaran tetapi berkemahiran dalam bidang futsal ini, mungkin bidang ini boleh menjadi kerjaya anda pada masa hadapan kelak,” ujar Rodziah.

Seramai hampir 30 remaja berusia 13 hingga 17 tahun telah  menyertai Klinik futsal anjuran Brasil Futsal Academy dengan kerjasama DUN Batu Tiga ini.

Brasil Futsal 1

YB Rodziah menyampaikan ucapan seterusnya melancarkan Klinik Brasil Futsal

Brasil Futsal 2

Jurulatih Brasil Futsal, Saudara Andre (kiri sekali) menyampaikan ucapan. Turut bersama beliau ialah para jurulatih Brasil Futsal

Brasil Futsal 3

Antara remaja yang hadir

Brasil Futsal 4

YB Rodziah bergambar kenangan dengan para jurulatih dan pemain

Masaalah Rakyat Keprihatinan Kerajaan Selangor

Tiada respon setakat ini

DSC07713YB Rodziah ditemuramah oleh Sinar ketika menghulurkan bantuan kepada Keluarga bencana di kg sentosa

DSC07733Yang Berhomat Pn Rodziah menghulurkan bantuan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama

DSC08020DSC08076

Yang Berhormat Pn Rodziah Ismail ketika mengunjungi rumah rakyat miskin di Felda Gedangsa

DSC08101

Bersama salah seorang warga emas yang tidak menerima bantuan dan hidup dalam kemiskinan di Felda Gedangsa

Hulu Selangor : Menjadi keutamaan Exco Kerajaan Negeri yang Berhormat Pn Rodziah Ismail untuk membantu rakyat disemua peringkat terutamanya wanita di dalam negeri Selangor.Beliau yang turun di parlimen Hulu Selangor dalam program anjuran Kerajaan Negeri bersempena dengan sesi jelajah penerangan mengenai skim Merakyatkan Ekonomi Selangor menyatakan bahawa masih terdapat rakyat dikawasan pendalaman yang tidak terdedah dengan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya diperolehi.

Ketika turun meninjau di felda Gedangsa baru-baru ini Beliau telah mengunjungi beberapa rumah yang didiami oleh ibu-ibu tunggal,warga emas dan mereka yang hidup miskin yang mana perhatian terhadap kemiskinan mereka itu tidak dibela.

Beliau turut menyatakan bahawa bantuan dan pendedahan mengenai skim anjuran Kerajaan Negeri itu telah dirangka sebelum Pilihanraya Hulu Selangor terjadi.Ia sememangnya menjadi asas dan kewajipan buat Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat khasnya Rakyat di Negeri Selangor.Dengan adanya Skim MES ini nasib semua rakyat akan lebih terbela,insyaallah-YB Rodziah Ismail.

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PDK SEKSYEN 19

Tiada respon setakat ini

DSC06015_yb1

YB Rodziah & Tuan Harris Bakar bersama tenaga pengajar PDK Seksyen 19

Kemeriahan jelas terbayang di setiap raut wajah kanak-kanak kurang upaya PDK Seksyen 19 apabila berpeluang menikmati keseronokan hidup seperti kanak-kanak normal yang lain bersuka ria bersama keluarga dan rakan. Program Jalinan Mesra anjuran Dun Batu 3 dan MPP Zon 7 ini telah memberikan mereka peluang untuk beriadah setelah sekian lama tiada aktiviti luar untuk mereka di atas sebab-sebab seperti diantaranya tiada peruntukan kewangan bagi aktiviti seperti ini.

Tepat jam 8:30 pagi, seramai lebih kurang 20 kanak-kanak kurang upaya telah hadir ke Taman Tema Air Wetworld Shah Alam ditemani oleh penjaga serta guru-guru bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Majlis perasmian telah disampaikan oleh YB Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor. Keprihatinan beliau dalam membantu kanak-kanak ini menarik minat Ahli Majlis MPP Zon 7 iaitu Tuan Harris Bakar, serta beberapa tetamu kehormat lain untuk turun padang bagi memeriahkan program ini.

Program-program yang disusun oleh pihak Wetworld bermula selepas sahaja acara perasmian disempurnakan. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan bagi menghiburkan kanak-kanak tersebut. Guru-guru serta penjaga juga turut menyertai kanak-kanak peserta ini bermain.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati oleh YB Puan Rodziah kepada kanak-kanak peserta yang terlibat.

Acara perasmian

Acara perasmian

YB Rodziah turut sama dalam acara sukan

YB Rodziah turut sama dalam acara sukan


DSC06075_yb2

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang

Bersama salah seorang kanak-kanak PDK

Bersama salah seorang kanak-kanak PDK


Sebahagian kanak-kanak PDK Seksyen 19 yang mengambil bahagian

Sebahagian kanak-kanak PDK Seksyen 19 yang mengambil bahagian

PERUTUSAN KHAS HARI WANITA NEGERI SELANGOR 2010-KEMBALIKAN RASA HORMAT DAN HAK KESAKSAMAAN KEPADA WANITA DEMI PEMULIHAN KESELAMATAN SOSIAL

Tiada respon setakat ini

Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8hb Mac bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50% daripada penduduk dunia ini. Maka tahun ini sambutan adalah untuk kali yang ke-99. Semenjak diisytiharkan pada tahun 1911 dalam satu Konferensi Wanita Bekerja dan diberi pengiktirafan rasmi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1975, masyarakat dunia telah mula memberi perhatian kepada keperluan dan kepentingan hak saksama antara kaum lelaki dan perempuan.

Wanita di serata dunia kini, mula menikmati hak-hak setimpal dengan kaum lelaki, di antaranya hak mengundi (dengan pengecualian segelintir Negara), hak bersuara, hak menerima pendidikan, hak bersosial dan berpolitik, hak menyertai kegiatan ekonomi dan menerima bayaran gaji atau upah yang sama dengan kaum lelaki dan sebagainya.

Menginsafi perkara ini, Kerajaan Selangor yang mempunyai lebih 49% daripada penduduknya terdiri daripada kaum wanita, kami selaku Pimpinan Negeri cukup prihatin dan mengambilkira wanita disetiap perancangan dan pembangunan negeri. Ini dibuktikan dengan dimulakan dengan meletakkan kepimpinan tertinggi Negeri lebih 30% adalah wanita.

Namun begitu, semenjak mengambil tampuk pemerintahan Selangor, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mendapati peratusan wanita yang menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan tidak kira di sektor awam atau swasta masih tidak memuaskan. Penyertaan wanita dalam kegiatan ekonomi juga rendah dengan kadar pengangguran di kalangan wanita adalah jauh lebih tinggi jikalau dibandingkan dengan kaum lelaki.

Lebih membimbangkan ialah kaum wanita masih lagi menerajui senarai atau statistik mangsa jenayah seperti rogol, ragut, keganasan seksual, keganasan rumahtangga, sumbang mahram serta kegiatan memperdagangkan manusia (human trafficking) untuk tujuan pelacuran dan kegiatan penyeludupan dadah juga menjadikan wanita sebagai sasaran utama mereka.

Realitinya, diantara sebab yang menyumbang kepada masalah ini, adalah kerana kaum wanita masih belum cukup diberi penghormatan dan pengiktirafan sebagai pasangan perkongsian masyarakat yang seimbang dan setaraf (equal partnership) serta adil. Akibat ketiadaan rasa hormat terhadap wanita ini, maka timbullah pula ketidaksamaan hak yang sudah semestinya membawa kepada pencabulan hak wanita yang berdaya.

Pastinya, kesan langsung akibat perkara ini akan memberikan impak yang negatif serta hilangnya nikmat rasa aman dan selamat kepada wanita yang berdaya dalam memberikan sumbangan yang maksima kepada pembangunan fizikal, ekonomi, politik dan semestinya pembangunan sosial Negara dan dunia.

Sewajarnya kita perlu mengambil iktibar daripada dua contoh tauladan kepimpinan yang adil dan prihatin terhadap kaum wanita. Pertama bilamana Rasulullah saw sebagai pemimpin agung ditanya mengenai jaminan keselamatan dan keamanan sesebuah Negara itu, Rasululah saw menegaskan salah indikasi sesebuah Negara itu aman dan selamat bilamana wanita selamat berjalan pada waktu malam.

Keduanya, Seorang usahawan wanita muslim di Syam sedang berniaga telah diganggu oleh sekumpulan tentera yang rakus, apabila berita ini sampai kepada Khalifah Saidina Omar Al Khattab, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada pemimpin Negara tersebut bahawa sekiranya hak Wanita itu tidak dibela seadilnya beliau akan segera mengarahkan sepasukan tentera muslimin, yang jumlahnya sepanjang dari Kota Madinah ke Negara tersebut hanya untuk membela nasib seorang wanita.

Satu pelan tindakan yang proaktif dan substantif serta kerjasama masyarakat terutamanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa satu perubahan positif yang mampu mengembalikan rasa hormat terhadap wanita dan hak saksama wanita demi pembasmian keganasan dalam sosial dan jaminan keselamatan bagi wanita.

Jangan biarkan wanita terus kekal dan hanya dikenangi sebagai satu statistik atau sekadar angka mangsa keganasan dan penindasan dalam Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor amat komited untuk mengangkat martabat kaum wanita dalam Negeri Selangor dan marilah kita berusaha kearah memberikan jaminan serta menyediakan sistem sokongan yang sewajarnya untuk pencapaian tersebut.

Jesteru itu, sempena hari Wanita 2010 marilah kita, tidak kira lelaki atau wanita berperanan mengembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan social.

Tiada keselamatan sosial jika tiada rasa hormat dan ketidaksamaan gender dimanifestasikan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA.

YB PUAN RODZIAH ISMAIL

EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita,

Kebajikan dan Sains Teknologi dan Inovasi

( Tarikh: 8 Mac 2010)

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.