Live – Sidang Dewan Negeri Selangor
Sidang Dewan Negeri Selangor kini berlangsung sepanjang 12 hingga 16 Julai 2010.
Ikuti siaran langsung sidang dewan tersebut di laman www.tvselangor.com atau multimedia.selangor.gov.my bermula jam 10.00 pagi.
Sidang Dewan Negeri Selangor kini berlangsung sepanjang 12 hingga 16 Julai 2010.
Ikuti siaran langsung sidang dewan tersebut di laman www.tvselangor.com atau multimedia.selangor.gov.my bermula jam 10.00 pagi.
Pada 3 Julai 2010 yang lalu, Y.B. Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor telah merasmikan penutupan program “Mari Berbudaya Bersama Kanak-Kanak Klang” bersempena Festival Jalanan Negeri Selangor 2010, bertempat di Klang Parade, Klang.
Dalam ucapannya, beliau menekankan betapa perlunya usaha memupuk dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan generasi muda tentang kepentingan budaya dan warisan sejak usia mereka kecil lagi.
“Menjadi hasrat kita untuk terus mempertahan dan memelihara budaya dan warisan negara yang telah dan akan terus mendatangkan banyak sumbangan kepada pembangunan negara. Aktiviti yang kita anjurkan ini bukanlah semata-mata untuk mendapat nama daripada mana-mana pihak, tetapi bertujuan untuk tatapan dan wadah kepada generasi akan datang mengenai peninggalan budaya dan warisan negara yang tidak ternilai,” ujar Rodziah.
Tambah beliau, program yang berkonsepkan kesenian dan kebudayaan sebegini merupakan satu program yang sangat bermanfaat disebabkan program ini selaras dengan usaha pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihara serta memartabatkan warisan budaya dan kesenian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
“Teras pengisian program Jalanan Budaya Daerah Klang ini terdiri daripada komponen seni, budaya dan warisan masyarakat Malaysia. Saya percaya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sejak pagi tadi seperti pertandingan mewarna batik, bakat muzik dan menampal kolaj boleh secara langsung menerapkan nilai-nilai murni tertentu kepada para peserta. Lebih menarik aktiviti-aktiviti tersebut disasarkan kepada golongan kanak-kanak. Maka tujuannya sudah pasti murni, iaitu bagi memastikan budaya dan warisan yang kita miliki ini tidak hilang ditelan zaman,” kata beliau.
Shah Alam, 7 Julai – Y.B. Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor telah merasmikan program “Bengkel Seni Tekat: Warisan Tradisi Ilmu” di Muzium Negeri Selangor di sini hari ini.
Bengkel tersebut adalah anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini, yang mana para peserta akan didedahkan dengan teknik asas sulaman tekat yang merupakan salah satu dari seni tekstil warisan Melayu. Bengkel ini terbuka kepada masyarakat umum.
YB Rodziah bersama Puan Azlinda Azman, Ketua Pegawai Eksekutif PADAT (kiri) dan Prof. Dr. Noriah Mohamad, Ahli Lembaga Pengarah PADAT (kanan)
YB Rodziah menyampaikan ucapan perasmian
Para peserta yang menghadiri “Bengkel Seni Tekat: Warisan Tradisi Ilmu”
YB Rodziah menerima cenderahati daripada Puan Azlinda
YB Rodziah bergambar kenangan dengan pengendali Bengkel Seni Tekat, YM Raja Akmal Raja Bahari (kiri), Puan Azlinda dan urusetia program
29 Jun 2010
Kenyataan Media
Kerajaan Negeri Selangor
SEMINAR OLEH MITCH KAPOR: INNOVATION CHALLENGE
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi & Inovasi (STI) akan menganjurkan “Seminar Oleh Mitch Kapor: Innovation Challenge” pada 2 Julai 2010 (Jumaat). Seminar ini adalah salah satu program utama Jawatankuasa Tetap STI untuk tahun 2010 ini.
Ucaptama seminar ini akan disampaikan oleh Encik Mitch Kapor, pengasas Lotus Development Corporation dan pereka cipta Lotus 1-2-3, satu “aplikasi terhebat” yang menjadi perisian komputer peribadi di mana-mana dalam dunia perniagaan pada dekad 1980-an. Encik Mitch Kapor juga adalah Pengerusi Pengasas dan Pengarah Linden Lab, pencipta dunia maya Second Life, dan Pengerusi Pengasas Mozilla Foundation, pencipta web browser Firefox. Beliau dikenali di seluruh dunia sebagai tokoh inovasi dan keusahawanan terutamanya dalam bidang modal teroka (venture capitalist). Beliau diletakkan setanding dengan tokoh-tokoh dunia seperti Steve Jobs dalam bidang inovasi dan keusahawanan. Ini adalah kehadiran julung-julung kali Encik Mitch Kapor ke Malaysia atas undangan Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam keadaan negara terperangkap dengan ekonomi bernilai rendah dan memerlukan ledakan inovasi, Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab mengambil langkah proaktif merintis dasar dan langkah untuk menyediakan suasana yang kondusif bagi memastikan inovasi berkembang. Selain itu, Selangor memerlukan pendekatan dan dasar yang lebih radikal dan inovatif bagi menggabungkan inovasi dan keusahawanan sebagai teras baru ekonomi negeri. Justeru, seminar ini diadakan bagi menyediakan platform perkongsian bijak untuk menilai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mempercepatkan inovasi dan pemikiran baru mengenai inovasi dan keusahawanan, di samping mempromosikan pendekatan inovasi-keusahawanan sebagai fokus utama Kerajaan Negeri Selangor dalam membina ekonomi berpendapatan tinggi.
Seminar ini akan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama dengan tajuk ”Ekonomi Malaysia di Persimpangan: Inovasi dan Pertumbuhan” akan diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Bilik Gerakan Bangunan Annexe dan akan dihadiri oleh para pemimpin industri, kerajaan, multimedia dan komuniti perniagaan yang dijemput khas. Manakala sesi kedua dengan tajuk ”Inovasi dan Keusahawanan Dalam Ekonomi” dan terbuka kepada masyarakat umum akan diadakan di Dewan Serbaguna Universiti Industri Selangor (UNISEL) pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Encik Mitch Kapor akan menyampaikan ucapannya dalam kedua-dua sesi tersebut. Tiada bayaran dikenakan kepada para peserta seminar.
Semua pemimpin industri, kerajaan, multimedia, komuniti perniagaan, pelajar institusi pengajian tinggi serta para pereka cipta (inventors) adalah dijemput hadir ke seminar ini. Ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada Encik Mitch Kapor yang telah terbukti begitu berjaya dalam bidang inovasi dan keusahawanan ini, selain mengetahui pemikiran terkini beliau mengenai masa depan kedua-dua bidang tersebut.
Pihak-pihak media juga dijemput hadir dan membuat liputan kedua-dua sesi seminar tersebut. Satu sidang media turut akan diadakan sebaik sahaja selesai sesi kedua seminar.
Sekian, terima kasih.
YB Puan Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan
Tourism Selangor treats media to dinner
Tuesday, June 29th, 2010 11:16:00
PETALING JAYA: Around 200 media members, Selangor local council representatives, State government department and its subsidiary companies were treated to a sumptuous dinner at One World Hotel here last night.
The dinner by Tourism Selangor and the State government was to show appreciation to the media for promoting tourism and events.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim thanked the media for their co-operation and expressed hope for the continuous support in the ‘Selangor Shines’ tourism campaign.
“With the continuous support from the media, we hope the public would be made aware of the tourism attractions in Selangor.”
Also present were State exco for Tourism, Consumer Affairs and the Environment Elizabeth Wong, exco for Women Affairs, Science, Technology and Innovation Rodziah Ismail and State assembly speaker Teng Chang Kim.
Wong said: “We have published a Selangor tourism guide book called Selangor Breakaway to further highlight tourist spots and events in the State.”
Last night also saw the launch of the latest edition of Selangor tourism magazine, Selangor Vision.
Source: The Malay Mail
Copyright 2009 RodziahIsmail.com. All rights reserved
Developed by VAG Web Solutions