Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

July 2010
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

YB Rodziah sampaikan hadiah pemenang Koir Selangor Shines 2010

Tiada respon setakat ini

Pada 17 Julai 2010 yang lalu, Y.B. Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Selangor telah diundang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Koir Selangor Shines 2010 bersempena Selangor Muzikal Ekstravaganza, bertempat di Dewan Auditorium Wisma MBSA, Shah Alam.

Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 22 pasukan telah berentap yang membabitkan 14 pasukan sekolah menengah dan 8 pasukan sekolah rendah.

Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (C) Batu Sebelas, Cheras telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah rendah, sekali gus meraih wang kemenangan sebanyak RM2,500 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya menggondol gelaran juara bagi kategori sekolah menengah dan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM3,000.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato’  Mazalan bin Md. Noor.

Koir 1

Persembahan koir daripada salah sebuah sekolah yang bertanding

Koir 2

YB Rodziah bersama Dato’ Mazalan dan beberapa VIP yang lain menyaksikan persembahan sekolah-sekolah yang bertanding

Koir 6

Persembahan Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (C) Batu Sebelas, Cheras, juara kategori sekolah rendah

Koir 7

Persembahan Sekolah Menengah Kebangsaaan Damansara Jaya, juara kategori sekolah menengah

Koir 4

YB Rodziah menyampaikan hadiah kepada wakil Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (C) Batu Sebelas, Cheras

Koir 5

YB Rodziah ceria bersama wakil Sekolah Menengah Kebangsaaan Damansara Jaya

PAC – Usul YB Rodziah diterima Sidang DUN Selangor

Tiada respon setakat ini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) merupakan jawatankuasa yang dilantik pada awal tiap-tiap penggal persidangan mengikut amalan Negara-negara Komanwel. Jawatankuasa ini mengandungi seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada enam (6) orang ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya selepas dimulakan tiap-tiap penggal persidangan.

Lantikan Pengerusi PAC Negeri Selangor pada ketika ini adalah dalam kalangan Ahli Dewan Negeri Kerajaan. Cadangan lantikan Pengerusi Jawatankuasa Ahli Dewan Negeri yang mewakili Pembangkang merupakan satu lagi detik bersejarah yang mana kita menyaksikan sebuah Kerajaan yang memberikan ruang kepada amalan ‘check and balance’ dipraktiskan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Amalan ini, walaupun bukanlah sesuatu yang diwajibkan atau dimestikan, namun dalam usaha untuk menerap dan mempraktikkan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh Negara-negara Komanwel, ia wajar dilaksanakan. Oleh itu, dengan melantik pihak pembangkang sebagai Pengerusi PAC Negeri Selangor adalah mendahului negeri-negeri lain di Malaysia, termasuk Dewan Rakyat.

Ini merupakan salah satu usaha daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dalam menunjukkan komitmen dan sokongan mempraktikkan amalan-amalan urus tadbir (Competent, Accountability & Transparency) iaitu kompeten, bertanggungjawab, telus dan mewujudkan suasana politik yang sihat dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Selaras dengan usaha untuk menerapkan amalan daripada Negara Anggota Komanwel tersebut, adalah wajar dicadangkan supaya Y.B. Dato’ Haji Mohd. Shamsudin bin Haji Lias, ADN Kawasan Sungai Burung dilantik menjadi Pengerusi PAC Negeri Selangor bagi menggantikan Y.B. Tuan Lee Kim Sin, ADN Kawasan Kajang. Pada masa yang sama juga, Y.B. Tuan Lee Kim Sin akan kekal menjadi salah seorang daripada ahli dalam Jawatankuasa ini.

Usul ini juga tidak bertentangan dengan  perkara 72 (1) Peraturan-peraturan Tetap Negeri Selangor yang menyatakan “Seberapa bolehnya tiap-tiap Jawatankuasa Pilihan hendaklah ditubuhkan supaya terbayang di dalamnya kadar parti masing-masing dalam Dewan.”

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor

Pengerusi

Y.B. Dato’ Hj. Shamsudin bin Hj. Lias
(ADN Kawasan Sungai Burong / Barisan Nasional)

Ahli

Y.B. Tuan Ng Suee Lim
(ADN Kawasan Sekinchan / DAP)

Y.B. Tuan Mat Shuhaimi bin Shafiei
(ADN Kawasan Seri Muda / PKR)

Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi
(ADN Kawasan Sijangkang / PAS)

Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
(ADN Kawasan Damansara Utama / DAP)

Y.B. Tuan Lee Kim Sin
(ADN Kawasan Kajang / PKR)

Y.B. Tuan Johan bin Abdul Aziz
(ADN Kawasan Semenyih / Barisan Nasional)

Jawapan YB Rodziah – Program Merakyatkan Ekonomi Selangor

Tiada respon setakat ini

a)    Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor yang terkandung dalam 3 Fasa. Sehingga tahun 2009, sebanyak 11 dasar telah dilaksanakan melalui Fasa I dan Fasa II dan jumlah penerima faedah dan jumlah peruntukkan kewangan yang telah dibelanjakan sehingga tahun 2010, adalah seperti berikut :-

Fasa I :

1. Tabung Warisan Anak Kelahiran Selangor (TAWAS)
Jumlah Penerima Faedah – 13,424 orang
Jumlah Perbelanjaan (RM) – 1,324,400.00

2. Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu
Jumlah Penerima Faedah – 3,436,702 orang
Jumlah Perbelanjaan (RM) – 234,119,559.00

3. Hadiah Anak Masuk Universiti
Jumlah Penerima Faedah – 11,802 orang
Jumlah Perbelanjaan (RM) – 11,802,000.00

4. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Jumlah Penerima Faedah – 133,886 orang
Jumlah Perbelanjaan (RM) – 31,677,000.00

5. Mewujudkan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
6 buah hospital
Jumlah Perbelanjaan (RM) – 558,600.00

6. Tabung Anak Pekerja Ladang
Jumlah Penerima Faedah – 5,287 orang
Jumlah Perbelanjaan (RM) – 2,591,797.80

*Data pada bulan Jun 2010.

Fasa II :

1.    Kemudahan Cuti Bersalin (90 hari) ;
2.    Kemudahan Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin (14 hari) ; dan
3.    Cuti Kematian Suami (30 hari) ;
4.    Caruman takaful (OKU dan Anak Yatim)
5.    Tuisyen rakyat

Bagi Fasa III, Kerajaan Negeri telah merancang dan sedang merangka kaedah pelaksanaannya supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan yang telah dikenalpasti bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka. Diantara dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi Fasa II adalah seperti berikut :-

Fasa III :

1.    Skim Kesihatan Wanita (Mamogram) ;
2.    Bantuan Kepada Peniaga Muda (Graduan yang tidak dapat pekerjaan);
3.    Bimbingan Perniagaan Kepada Belia ;
4.    Bantuan Anak Ke TASKA ;
5.    Bantuan Anak TADIKA ;
6.    Bantuan Mendirikan Rumah Tangga :
7.    Elaun Ibu Tunggal ;
8.    Elaun Khas Suri Rumah ; dan
9.    Bantuan Memliki Rumah Tangga.

b)    Kerajaan Persekutuan sewajarnya belajar daripada Kerajaan Negeri tentang tadbir urus kewangan yang baik. Ini kerana sebelum sesuatu program itu dilaksanakan Kerajaan Negeri telah membincangkan dan mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik bagi melaksanakan dan menjayakan sesuatu program seperti mana yang dirancang. Kerajaan Negeri berkemampuan untuk meneruskan dan melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada semua peringkat umur, kaum tanpa mengira agama mahupun fahaman politik untuk turut sama menikmati hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri ini. Ini jelas apabila Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah dana yang mencukupi bagi tujuan tersebut bagi memastikan pelaksanaan program MES dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang mengikut Fasa yang telah ditetapkan.

Diantara program MES yang akan diteruskan adalah pemberian air percuma bagi 20 meter padu, dimana dasar ini dibiayai sepenuhnya oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad dalam mengagihkan manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor. Disamping itu, Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk melakukan penambahbaikan terhadap pemberian air percuma dengan membeli syarikat konsesi air di Selangor bagi memastikan tarif air benar-benar murah dan mampu ditanggung rakyat. Ini sekali gus akan mengurangkan kos untuk menanggung kos pemberian air percuma tersebut kerana Kerajaan Negeri sendiri menjadi pemilik kepada perbekalan air negeri.
Pelaksanaan Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor ini tidak akan menjejaskan peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan ekonomi rakyat di Negeri Selangor sekiranya pengagihan manfaat ini diberikan kepada yang berkelayakan secara sama rata. Kesungguhan Kerajaan Negeri memberikan kemudahan ini menunjukkan keprihatinan terhadap pemasalahan rakyat dalam menikmati kemudahan asas yang sukar diperolehi dimana-mana negeri di Malaysia.

c)    Sebagaimana yang telah dinyatakan di perenggan (b) di sebelah, Kerajaan Negeri akan meneruskan program-program MES selagi mana rakyat memberikan mandat kepada kerajaan negeri dan akan memastikan peruntukan dana yang disalurkan mencukupi. Kerajaan Negeri sememangnya melaksanakan polisi berbelanja secara berhemah dalam setiap urusan bagi memastikan impak bagi setiap urusan dapat dimanfaatkan oleh setiap rakyat di Negeri Selangor. Pelbagai tambah nilai telah dirancang terhadap program-program MES seperti insurans untuk anak-anak TAWAS, mengambil alih syarikat konsesi air selangor dan juga SMUE turut diberikan kepada warga emas yang masih hidup serta lain-lain rancangan yang dirasakan baik untuk rakyat.Kerajaan Negeri juga turut memastikan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan akan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat serta akan memastikan setiap kekayaan dan hasil yang diperolehi akan dapat diagihkan kepada rakyat yang berkelayakkan yang mana secara tidak langsung meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Selangor.

(Jawapan YB Puan Rodziah Ismail dalam Sidang Dewan Negeri Selangor pada 15 Julai 2010 mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor)

Jawapan YB Rodziah – Hal Ehwal Wanita

Tiada respon setakat ini

1. Sehingga Disember 2009, Kerajaan Negeri telah berjaya mewujudkan sebanyak sepuluh (10) Pusat Komuniti Wanita (PKW). Berikut adalah PKW yang berjaya diwujudkan:

a. PKW DUN Ijok
b. PKW DUN Jeram
c. PKW DUN Hulu Kelang
d. PKW DUN Kota Damansara
e. PKW DUN Sijangkang
f. PKW DUN Batu Tiga
g. PKW DUN Morib
h. PKW DUN Taman Medan
i. PKW DUN Selat Kelang
j. PKW DUN Lembah Jaya

Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri telah menerima beberapa kertas cadangan penubuhan PKW ini. Antara kawasan yang memohon adalah seperti berikut:

a. DUN Batang Kali
b. DUN Sungai Air Tawar
c. DUN Batu Caves
d. DUN Sri Muda
e. DUN Sementa
f. DUN Gombak Setia

2. Kerajaan Negeri telah berjaya membimbing minima 10 orang ibu tunggal di setiap PKW dalam masa 3 bulan melalui penubuhan PKW ini. Pusat ini ditubuhkan bertujuan sebagai platform kepada kaum wanita dalam meningkatkan jati diri, ilmu kemahiran serta mencambah kreativiti dalam bidang kemahiran seterusnya melahirkan kaum wanita yang berdaya saing serta berdikari.

Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita telah mengadakan beberapa siri latihan kemahiran jangka pendek iaitu Bengkel Sulaman kepada ibu-ibu Tunggal serta suri rumah. Bengkel diadakan bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran menjahit jangka pendek kepada kumpulan sasar agar dapat dijadikan sebagai mata pencarian tambahan dan akhirnya membantu meningkatkan pendapatan isi rumah. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Daerah di Selangor. Antara Pejabat Daerah yang bekerjasama dalam menganjurkan Bengkel Sulaman ini adalah seperti berikut:

i. Pejabat Daerah Klang (30 peserta);
ii. Pejabat Daerah Kuala Selangor (30 peserta); dan
iii. Pejabat Daerah Petaling (30 peserta).

Kerajaan Negeri turut mensasarkan agar program kemahiran jangka pendek ini akan diadakan di seluruh daerah negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah agar ia dapat dikongsi bersama di peringkat agar umbi. Sekiranya mana-mana individu wanita yang berminat untuk memulakan perusahaan sendiri, Kerajaan Negeri menawarkan bantuan perniagaan melalui Dana Industri Kecil Sederhana dan Dana Blueprint Kemiskinan yang terbuka kepada sesiapa yang layak. Bantuan ini diberikan dalam bentuk peralatan yang diperlukan oleh para peserta bantuan.

(Jawapan YB Puan Rodziah Ismail semasa Sidang Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2010 mengenai Hal Ehwal Wanita)

Jawapan YB Rodziah – Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Tiada respon setakat ini

1. Peruntukan yang diagihkan kepada 37 buah PDK di Negeri Selangor bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM 5,614,640.00. Peruntukan yang diberi merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

i. Elaun Petugas PDK dan caruman KWSP (majikan) – RM 1,695,232.00
ii. Elaun Penyelia PDK dan caruman KWSP (majikan) – RM 547,008.00
iii. Elaun Khas OKU untuk pelatih di PDK dan di rumah – RM 2,989,800.00
iv. Sewa premis – RM 301,200.00
v. utiliti – RM 81,400.00

2. Keberkesanan PDK kepada masyarakat di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

i. Peningkatan keyakinan masyakarat terhadap keupayaan anak-anak OKU yang ada mendorong masyarakat menjadi lebih matang dan penyayang.
ii. Insiden kecacatan dapat dikurangkan atau kecacatan lebih teruk dapat dicegah melalui intervansi awal dan sokongan keluarga yang dilatih.
iii. Program latihan dan pemulihan bersesuaian mengikut keperluan dan jenis kecacatan dapat mengurangkan kadar kemasukan OKU ke institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

3. Keberkesanan PDK kepada OKU pula ialah:

i. Hubungan dan sokongan antara OKU dan keluarga dapat dipupuk dan diperkukuhkan.
ii. Ia juga memupuk sikap lebih berdikari dalam kalangan OKU.

4. KPI yang digunakan bagi PDK ialah kebolehan OKU mengurus diri selepas setahun mengikuti latihan pengurusan diri dan sasarannya 50%.

(Jawapan YB Puan Rodziah Ismail semasa Sidang Dewan Negeri Selangor pada 12 Julai 2010 mengenai PDK)

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.