Biodata

YB Rodziah Ismail

 

Nama : Rodziah Ismail

Lahir : 8 Julai 1964

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

 

Kerjaya

 

1. Terlibat secara aktif dalam politik (Parti Keadilan) sejak 1998

2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak sejak 1993

 

Pendidikan

 

Jun 1985 : Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 : Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 : Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & , As Sunnah.
Sep 1998 : Higher National Certificate in Early Child Care and
Education & Development dari Scotland.

Baca Selanjutnya

Recent Forum Posts

  • laporan jenayah

    posted in forum Jenayah & Keganasan  by Razali Idris on July 11, 2009 at 12:45 pm

ChatBox


ShoutMix chat widget

Calendar

July 2010
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Majlis Dialog Bajet 2011 Selangor – Isu Kebajikan

Tiada respon setakat ini

Berikut adalah catatan pembentangan Y.B. Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi serta Kebudayaan Negeri Selangor dalam Majlis Dialog Bajet 2011 yang diadakan pada 26 dan 27 Julai 2010 di Shah Alam Convention Centre.

Bagaimana hendak menangani masalah kemiskinan dan kebajikan di Selangor

1. Isu Subsidi Kerajaan Persekutuan

a. Subsidi Kerajaan Persekutuan adalah meliputi 54% daripada KDNK – RM74 bilion tahun 2009
i. RM42.8 bilion – subsidi sosial
ii. RM23.5 bilion – bahan api
iii. RM4.66 bilion – infrastruktur
iv. RM3.1 bilion – makanan
*Sejumlah RM14 bilion sampai kepada rakyat

b. Langkah pengurangan subsidi:
i. Subsidi gas
ii. Kadar tol
iii. Skim pinjaman buku teks
iv. Pembayaran yuran peperiksaan awam
*Keadaan ini menyebabkan permohonan bantuan meningkat.

2. Antara cabaran penyaluran bantuan adalah:
a. Maklumat di dalam sistem tidak dibuat secara sistematik dan berkualiti rendah (database). Sebagai contoh, di peringkat Persekutuan, tahap kemiskinan adalah sebanyak RM700 ke bawah manakala di peringkat negeri Selangor pula adalah sebanyak RM1,500.
b. Setiap agensi bantuan kebajikan menggunakan kaedah yang berbeza (Aplikasi Kriteria Agihan).
c. Tidak dapat mengenal pasti jumlah peruntukan sebenar yang diberikan kepada penerima (tiada sistem bersepadu).
d. Tiada sistem pemadanan pekerjaan (job matching) kepada penerima bantuan.
*Polisi kebajikan Negeri Selangor adalah daripada kebajikan kepada berdikari (workfare)/berpendapatan (bekerjaya atau berpendapatan sendiri).

3. Pelan jangka panjang
a. Mengubah mekanisme atau dasar Kerajaan Berkebajikan kepada berdikari (workfare).
b. Kenal pasti individu yang berkebolehan dan berpeluang untuk diberikan bantuan workfare.
c. Pembangunan pangkalan data (database) bagi permohonan dan penerimaan bantuan yang lebih teratur dan sistematik.

RUMUSAN

1. Kebajikan perlu dilaksanakan secara kreatif dan inovatif.

2. Isu kebajikan tidak hanya dilihat dalam konteks jumlah peruntukan atau subsidi tetapi polisi dan program ke arah mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.

3. Mewujudkan satu sistem bersepadu bagi memastikan permohonan dan agihan dapat diselaraskan di antara jabatan yang terlibat dengan kebajikan. Ini perlu bagi mengelakkan daripada berlakunya pertindihan bantuan.

4. Mengubah minda masyarakat daripada hanya melihat Negeri Selangor hanya memberikan bantuan kepada:
a. Negeri yang sentiasa memberikan peluang yang luas dalam bidang pekerjaan.
b. Negeri yang menyediakan masyarakat yang mampu mengisi peluang yang ada.
c. Negeri yang mempunyai kesaksamaan dan keadilan dari segi pengagihan.

MBSA fetes old and new councillors

Tiada respon setakat ini

THE Shah Alam City Council (MBSA) recently hosted a dinner by the Kota Kemuning Lake in Section 31, Shah Alam, called “Majlis Jamuan Makan Malam JasaMu Dikenang” for its councillors.

The dinner was held to show appreciation to the outgoing councillors in the 2009/2010 term, and welcome those for the 2010/2011 session.

Seven new councillors were appointed by the Selangor government to serve a year-and-a-half term, from July 2010 till December 2011.

The new faces comprise Vembarasan Vairakkannu, Tengku Ahmad Tengku Kasim, Ganabatirau Veraman, Mohd Ismahali Ridzwan Ismai, Puspha Lingham Sinnakanu, Mesni Mohd Dahlan, Yogasigamany Krishnasamy, Sarimah Lisut and Noraini Hussin.

mbsa

Appreciation dinner: Mazalan (right) with some of the guests at the dinner, who included Shah Alam MP Khalid Samad (left) and Selangor state executive councillor Rodziah Ismail (second from right).

The former MBSA councillors who were feted at the dinner were Datin Nor’ini Md Top, Adnan Jamburi, Sebastian Rao Pragasam, Uthayaasoorian Kalimuthu, Pappa Raidu Veraman, Sow Kim Ling and Zulkefli Mohd Nani.

In his speech, Shah Alam mayor Datuk Mazalan Md Noor thanked all the councillors for their contributions, views and constructive suggestions in driving MBSA to become a successful local authority in the state.

Mazalan said MBSA, as a service-oriented organisation, strived to foster a close collaboration with the councillors, who were proactive in providing ideas that help improve MBSA’s delivery system.

He urged the councillors to work closely with the local community by having more activities or community programmes like gotong-royong, dialogues, sports activities andtalks.

Mazalan also expressed hope that the councillors would work together as a team with MBSA’s administration and use the residents’ representative council as a platform to foster a close relationship with the local community.

Present at the dinner were Selangor state executive councillors Rodziah Ismail and Yaakob Sapari, Shah Alam MP Khalid Samad, Sri Muda assemblyman Mat Shuhaimi Shafiei, Shah Alam deputy mayor Mohtar Hani and MBSA department directors.

Source: The Star July 26, 2010

Y.B. Rodziah turun padang di Padang Jawa

Tiada respon setakat ini

Y.B. Puan Rodziah Ismail selaku ADUN Batu Tiga telah berkesempatan menyertai program turun padang yang diadakan pada petang 19 Julai 2010 yang lalu di Padang Jawa, anjuran JKKK Padang Jawa Petaling. Seramai empat (4) orang telah dikenal pasti untuk diziarahi dalam aktiviti kali ini.

Padang Jawa 1

Y.B. Rodziah sedang mendengar taklimat mengenai program turun padang yang akan dijalankan bersama Ahli JKKK Padang Jawa Petaling dan para sukarelawan yang lain.

Padang Jawa 2

Y.B. Rodziah bersama Puan Hasmah dan cucu saudaranya. Puan Hasmah merupakan ibu tunggal dan mengalami sakit batu karang.

Padang Jawa 3

Y.B. Rodziah beramah mesra dengan Puan Azizah (kanan). Kaki kanan Puan Azizah telah terpaksa dipotong berikutan penyakit kencing manis yang dihidapi.

Padang Jawa 4

Puan Bainah (kanan) bersama kakaknya (tengah) turut diziarahi oleh Y.B. Rodziah.

Padang Jawa 5

Y.B. Rodziah bersama Puan Ros (duduk) yang telah hilang penglihatan dan hilang keupayaan untuk bergerak sejak 10 tahun lalu.

Kenyataan Media YB Rodziah – Wakil OKU Dalam Ahli Majlis

Tiada respon setakat ini

Orang Kurang Upaya atau OKU adalah salah satu golongan yang menjadi sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam menjayakan agenda “Memperkasa Rakyat Selangor”. Keprihatinan ini dizahirkan melalui pelaksanaan program seperti Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU dan penubuhan jawatankuasa yang memantau penyediaan kemudahan infrastruktur yang mesra OKU oleh setiap PBT. Ia adalah antara usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan OKU dapat menjalani dan menguruskan kehidupan harian tanpa halangan seperti masyarakat biasa.

Mengenai perlantikan wakil OKU sebagai Ahli Majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), saya ingin menekankan bahawa wakil-wakil OKU telah dilantik menjadi Ahli Majlis di beberapa PBT sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri Selangor daripada Barisan Nasional. Perlantikan tersebut adalah bagi memastikan suara golongan berkenaan akan lebih dapat didengari dan kebajikan mereka terus diberikan perhatian.

Bagi perlantikan penggal 2010/2011, kita tidak menafikan ketiadaan pertambahan bilangan wakil OKU sebagai Ahli Majlis PBT. Ini kerana Kerajaan Negeri telah mengambil kira banyak faktor lain, antaranya termasuklah masalah kekurangan kemudahan infrastruktur mesra OKU yang masih dihadapi yang mana perkara ini akan memberikan kesukaran kepada seseorang Ahli Majlis dalam kalangan OKU untuk berurusan dan menjalani tugasan harian mereka seperti orang awam yang lain di premis tersebut.

Dengan mengambil kira faktor di atas, Kerajaan Negeri mendapati terdapat mekanisme lain yang sesuai untuk menangani isu-isu berkaitan OKU, yang mana mekanisme ini hanya wujud setelah Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah. Antaranya ialah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya yang telah beroperasi sejak 2 Mei 2009 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana berperanan secara langsung membantu dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan golongan OKU.

Kita juga mengusulkan wakil OKU dilantik dalam Majlis Penasihat Kerajaan Tempatan (MPKT) yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. Dengan mengganggotai badan ini, wakil OKU akan mempunyai lebih ruang untuk memantau perjalanan PBT secara keseluruhan, termasuk memberikan input-input yang sesuai dalam meningkatkan perkhidmatan kerajaan tempatan dalam isu-isu berkaitan OKU. Selain itu, bagi memastikan infrastruktur yang ada di Selangor bebas halangan kepada OKU sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri, telahpun wujud Jawatankuasa Audit Bangunan di setiap PBT di bawah portfolio Kebajikan Negeri Selangor dengan kerjasama PBT .

Di samping itu, kita juga ingin menekankan bahawa isu-isu berkaitan OKU adalah isu yang wajar ditangani bersama. Semua pihak, termasuk Ahli-ahli Majlis yang telah dilantik harus sensitif dengan segala permasalahan, kekurangan dan keperluan OKU di kawasan mereka. Ini kerana warga OKU juga mempunyai hak yang sama seperti manusia lain. Walaupun kurang dari segi keupayaan dan fizikal, namun itu bukan penghalang untuk mereka menikmati kehidupan sama seperti manusia normal.

YB Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor
22 Julai 2010

YB Rodziah rasmi program SPIES Ibu Tunggal

Tiada respon setakat ini

Y.B. Puan Rodziah Ismail yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Selangor telah meluangkan masa merasmikan program SPIES Keluarga (SMART MUM) yang melibatkan golongan ibu tunggal pada 18 Julai 2010 yang lalu di Morib.

Dalam ucapan perasmiannya, Y.B.Rodziah menekankan bahawa selain masalah ekonomi wanita, golongan wanita juga harus diberikan ilmu-ilmu tentang hak-hak dan undang-undang wanita.

“Dalam hal ini, kita percaya kaum wanita di Selangor haruslah diberdayakan. Wanita harus diberi daya supaya mereka boleh bangun, aktif, bergerak ke sana ke sini. Inilah rupa wanita di Selangor yang kita inginkan. Bukan menjadi golongan yang diperdayakan, hanya mengikut sahaja apa orang lain kata, ujar beliau.

Menurut beliau lagi, semasa Kerajaaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan daripada Barisan Nasional di Selangor, bilangan ibu tunggal yang berdaftar di Selangor adalah sebanyak 1,500 sahaja.

“Namun, apabila kita melaksanakan pendaftaran ibu tunggal secara online melalui portal ibu tunggal Selangor, sekarang ini sudah mencecah 26,000 ibu tunggal yang mendaftar. Itulah sebenarnya jumlah yang benar-benar perlu kita tangani,” kata beliau.

SPIES ibu tunggal morib 1

SPIES ibu tunggal morib 2

SPIES ibu tunggal morib 3

SPIES ibu tunggal morib 4

SPIES ibu tunggal morib 5

Twitter

    Pendapat Anda

    • Penilaian anda terhadap prestasi YB Rodziah?

      • 75% - 100% (100.0%, 1 Votes)
      • bawah 25% (0.0%, 0 Votes)
      • 25% - 50% (0.0%, 0 Votes)
      • 50% - 75% (0.0%, 0 Votes)

      Total Voters: 1

      Loading ... Loading ...
  • Statistik

    Buat masa ini, seramai pelawat sedang mengakses laman web ini.