Sambutan Deepavali 2009
Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali 2009
Majlis sumbangan anjuran PEKAWANIS ini telah disempurnakan oleh YAB Pn Sri Salbiah Tunut, isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Negeri Selangor (PEKAWANIS) yang diadakan pada 14 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam.
Seramai 185 penerima yang terdiri dari Dun Batu Tiga, Dun Kota Anggerik dan Parlimen Shah Alam hadir ke majlis tersebut. Mereka menerima sumbangan daripada MYDIN berbentuk hamper yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, milo, tepung attar, gula, curry powder, dan muruku.
Tahniah diucapkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Dun Batu Tiga yang menjadi tuan rumah dalam pengendalian majlis tersebut kerana telah berjaya melaksanakan majlis tersebut. Terdapat beberapa buah bas juga telah disediakan bagi membantu kelancaran mobilisasi penerima yang tidak berupaya.
Turut hadir YB Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga), YB Khalid Samad(ADUN Kota Anggerik), YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik), dan YB Manikavasagam (Ahli Parlimen Shah Alam).